Saturday, March 3, 2012

Bersama saff perjuangan menggapai kegemilangan

Apalah guna jika kita ambil Islam hanya pd nama tapi tidak pd pengisian. Apa guna Muslim pd harta benda tapi tidak pd tindakan dan perlakuan. Islam hendaklah bermula pd pemahaman dan penghayatan barulah beroleh kesantunan pd tindakan. Betapa penting kita jelmakan keagungan Islam. Tapi lebih penting utk kita suburkan keindahan Islam. Gerakan perlu berevolusi. Tajdid dan Islah tanpa abai aqidah perjuangan. Islam anjurkan kebaikan dan kebajikan, merentas sgl bentuk batasan. Pantas diambil sbg agenda perjuangan. Tapi tidak hilang prinsip atas apa yg diperjuang.   

Parti Islam boleh menang besar jika bergabung dgn Parti Nasionalis. Kurang pertembungan sesama muslim. Rapatkan saf sesama bangsa. Tapi apa akan jadi pada penghayatan Islam.Adakah Islam namanya dalam menindas negeri Muslim selama lebih 20 tahun. Merampas hasil masyhul negeri atas alasan di luar daerah kawasan. Membiar Tuan Guru terikat kedua dua tangan dlm memberi pendidikan tarbiyah kpd rakyat banyak. Satu pihak mencurah air ke api, dan satu pihak yg lain mencurah minyak. Apakah muslim pd akidah sekiranya korupsi menjadi pakaian, penindasan menjadi permainan, rasuah sbg sumber pendapatan.   

Ya, benar. Pakatan perlu menang dlm permainan ini. Bukan kerana perlu kuasa. Bukan kerana penting harta benda dan jawatan. Tapi rakyat perlu dibebas. Bebas dr segala bentuk penipuan dan kezaliman. Bebas dari bentuk perjuangan bangsa dan kebangsaan. Bebas dlm membuat amal. Faham bhw hanya Tuhan yg berhak menentukan sgl kaedah dan peraturan alam. Tanpa kembali faham dlm beragama manusia akan sesat. Tanpa mengambil manfaat dr dr alim ulama kita akan gelap.   

Sepanjang zaman, sbg pejuang amat yakin dan pasti bahwa Islam akan menang. Kalau tidak dpt menawan Putrajaya, kita menang dlm memberi faham. Bahwa lumrah manusia perlu aturan dari Tuhan. Cuma apabila terjadinya kemenangan itu adakah kita berada bersama saf perjuangan. Atau kita hanya memerhati tanpa apa apa sumbangan. Hatta jiwa, raga, harta benda atau sokongan. 

AYUHLAH SAHABAT. MARILAH BERSAMA PERJUANGAN. MARILAH KITA BANTU SI ZALIM ITU. YANG MENINDAS TANPA MALU. INSYA ALLAH, KITA BEROLEH GANJARAN.  
Wassalam.