Thursday, September 13, 2012

Sibuk...
Menguruskan blog papisma-johor.blogspot.com

Saturday, March 3, 2012

Bersama saff perjuangan menggapai kegemilangan

Apalah guna jika kita ambil Islam hanya pd nama tapi tidak pd pengisian. Apa guna Muslim pd harta benda tapi tidak pd tindakan dan perlakuan. Islam hendaklah bermula pd pemahaman dan penghayatan barulah beroleh kesantunan pd tindakan. Betapa penting kita jelmakan keagungan Islam. Tapi lebih penting utk kita suburkan keindahan Islam. Gerakan perlu berevolusi. Tajdid dan Islah tanpa abai aqidah perjuangan. Islam anjurkan kebaikan dan kebajikan, merentas sgl bentuk batasan. Pantas diambil sbg agenda perjuangan. Tapi tidak hilang prinsip atas apa yg diperjuang.   

Parti Islam boleh menang besar jika bergabung dgn Parti Nasionalis. Kurang pertembungan sesama muslim. Rapatkan saf sesama bangsa. Tapi apa akan jadi pada penghayatan Islam.Adakah Islam namanya dalam menindas negeri Muslim selama lebih 20 tahun. Merampas hasil masyhul negeri atas alasan di luar daerah kawasan. Membiar Tuan Guru terikat kedua dua tangan dlm memberi pendidikan tarbiyah kpd rakyat banyak. Satu pihak mencurah air ke api, dan satu pihak yg lain mencurah minyak. Apakah muslim pd akidah sekiranya korupsi menjadi pakaian, penindasan menjadi permainan, rasuah sbg sumber pendapatan.   

Ya, benar. Pakatan perlu menang dlm permainan ini. Bukan kerana perlu kuasa. Bukan kerana penting harta benda dan jawatan. Tapi rakyat perlu dibebas. Bebas dr segala bentuk penipuan dan kezaliman. Bebas dari bentuk perjuangan bangsa dan kebangsaan. Bebas dlm membuat amal. Faham bhw hanya Tuhan yg berhak menentukan sgl kaedah dan peraturan alam. Tanpa kembali faham dlm beragama manusia akan sesat. Tanpa mengambil manfaat dr dr alim ulama kita akan gelap.   

Sepanjang zaman, sbg pejuang amat yakin dan pasti bahwa Islam akan menang. Kalau tidak dpt menawan Putrajaya, kita menang dlm memberi faham. Bahwa lumrah manusia perlu aturan dari Tuhan. Cuma apabila terjadinya kemenangan itu adakah kita berada bersama saf perjuangan. Atau kita hanya memerhati tanpa apa apa sumbangan. Hatta jiwa, raga, harta benda atau sokongan. 

AYUHLAH SAHABAT. MARILAH BERSAMA PERJUANGAN. MARILAH KITA BANTU SI ZALIM ITU. YANG MENINDAS TANPA MALU. INSYA ALLAH, KITA BEROLEH GANJARAN.  
Wassalam.

Tuesday, January 19, 2010

Usrah Papisma Johor- datang lagi...

Assalamualaikum wrt wbt,

Usrah PAPISMA dan warga kesihatan Johor Januari 2010

24hb Januari 2009, Ahad
Jam 10pg
Tempat: JKR-246B, Kuarters Hospital Batu Pahat (rumah Ukhti Azizah, Audiologist)
Naqib: Ust Md Nor Omar

p/s: Maklumat lanjut, hubungi 019-7286335 (Norhaimaz)

Thursday, January 7, 2010

Sekitar Program PAPISMA cawangan Selatan (Johor)

KHIDMAT KESIHATAN SEMPENA SAMBUTAN DUA DEKAD PASTI JOHOR

21hb Nov- Bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang, PAPISMA cawangan Johor telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majis dengan mengadakan khidmat kesihatan bagi peserta dan juga ibu-bapa yang hadir.


Majlis perasmian

5 orang doktor perubatan serta seorang doktor pergigian telah sama-sama mejayakan program separuh hari tersebut. Program sempena 2 dekad Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Johor diadakan dengan menampilkan kontijen-kontijen dari setiap daerah di Johor.

Ibu bapa dan anak-anak yang turut sama dalam majlis sambutan tersebut telah mengambil peluang dengan kehadiran doktor-doktor PAPISMA untuk mendapat perkhidmatan yang disediakan.


Pemeriksaan dan kaunseling kesihatan oleh doktor PAPISMA Johor

Sebahagian besar ibu-bapa mendapatkan peluang perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Manakala anak-anak yang ditemani ibu bapa, tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat pemeriksaan daripada doktor pergigian yang hadir.


Pemeriksaan pergigian

Rata-rata urusetia dan orang ramai yang hadir berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh doktor-doktor PAPISMA. Ini membuktikan PAPISMA adalah NGO yang berdaya saing dan sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Saturday, October 31, 2009

International Humanitarian Conference 09

Organised by MERCY Malaysia, in collaboration with the International Council of Voluntary Agencies (ICVA).




In a continually evolving environment, humanitarian actors are now recognising the need to better understand how their various roles, contributions, and relationships can have particular impacts on the effectiveness of aid being delivered in emergencies.

MERCY Malaysia, in collaboration with the International Council of Voluntary Agencies(ICVA), are holding an International Conference with the theme: "Collaboration in a Changing Humanitarian Environment for Effective Response." The Conference aims to look at our relationships within, and beyond, the humanitarian community and how this collaboration can be improved in better responding to humanitarian crises; it will consider the changes in our operating environment, and the common values; and discuss the values and principles that motivate and drive our actions as humanitarian agencies. In a globalised world, improved collaboration demands building on the capacities of local organisations, which will also be a key theme of the Conference.

With more than 100 delegates from Europe, Middle East and Asia, the Conference will provide an international, multi-stakeholder platform for dialogue and exchange of ideas from key players in the humanitarian community around the world.

Monday, October 26, 2009

Sibuk...

So do not be dismayed when you find that others forget your favors or disregard your kind acts. Some people might even despise you and make you an enemy for no other reason than that you have shown them kindness.
And they could not find any cause to bear a grudge, except that Allah and His Massenger had enriched them of His Bounty (Koran 9: 74)

- 'Aaidh ibn Abdullah al-Qarni (Don't be Sad)-



  • Kegagalan mendapat bonus dlm Bajet 2010
  • Gunners seri 2-2 dengan Hammers
  • Roadtax, Renew licenses
  • 1 proposal, 2 presentations

Thursday, October 22, 2009

Bajet Malaysia 2010

Assalamualaikum wrt,

Roadtax kereta perlu dibaharui menjelang November ni. Sebelum itu perlu melangsaikan saman-saman tertunggak. Saman-saman inilah yang memberi Pendapatan kepada kerajaan bagi mengurus negara dan seterusnya merangka Bajet 2010. Perkara sekecil ini pun menggambarkan, tiada rakyat yang seharusnya terkecuali dari membincangkan pasal bajet.

Esok 23/10/09 akan berlangsung pembentangan Belanjawan tahun 2010 atau lebih dikenali sekarang sbg Bajet 2010.



Seperti biasa akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Antara inipati menarik yang mungkin dibentangkan adalah berkenaan GST (Cukai ke atas barang dan perkhidmatan). Menariknya cukai tersebut dijalankan disebahagian besar negara-negara ASEAN, kecuali Malaysia. Perlaksanaannya telah dibincangkan jika tidak silap sejak tahun 2005 lagi. Harapan yang disandarkan GST hanya dikenakan pada barang terpilih dan barangan mewah. Seterusnya mengharapkan penurunan cukai-cukai pendapatan.

Sebagai warga kesihatan, beberapa input menarik yang diharapkan mendapat perhatian;

  • Pemberian vaksin H1N1 dan HPV (mencegah kanser pangkal rahim) secara menyeluruh.
  • Kenaikan mendadak harga rokok. (walaupun secara sinikal (dengan izin)
  • Pembangunan prasarana kesihatan baru dan institusi berkaitan jantung di Malaysia (esp di Kuantan, Kedah dan Sabah). Sebelum ini hanya di Lembah Klang, Penang, Johor dan Sarawak.


Sekadar refreshening (dengan izin) Intipati Bajet 2009 sebagai comparison (dengan izin) bajet 2009;

  • Jumlah Bajet 2009 adalah sebanyak RM207.9 bilion – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
  • Peruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
  • Peruntukan pembangunan – RM27.8 bilion (sektor ekonomi – pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial – pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
  • Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
  • Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
  • Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.