Sunday, February 22, 2009

Statistik Penduduk (Kemaskini 5 September 2008)

Populasi
2006
2007
2008
Populasi (Dalam Juta)
26.64
27.17
27.73


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Laman Web: http://www.statistics.gov.my

Tuesday, February 17, 2009

SONG FOR GAZA "We will not go down"

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Friday, January 30, 2009

Usrah PAPISMA Johor (Zon Selatan) Jan 09

25hb Januari 09

Usrah pada Januari 09 tidak dapat disertai oleh Naqib Ustaz Mohd Nor Omar kerana beliau mempuyai komitmen yang terlebih awla di Perak. Walaubagaimanapun inisiatif pertemuan perlu diteruskan jua, sementelah tajuk serta pembentang telah diberikan pada pertemuan usrah sebelumnya di rumah saudari (Dr) Nik Hazma (Hospital Tangkak).

AlhamdulilLah pertemuan kali ini berjaya mengumpulkan ~16 orang (tidak termasuk ahli kecil) ahli-ahli PAPISMA yang bertugas dan berasal dari Johor. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina juga diambil, hingga ada yang dari sejauh Sarawak dan Kelantan turut bersama-sama. Seperti yang dipersetujui perbincangan berlegar sekitar tafsiran surah al-Fatihah. Sebelum ini telah dijelas dan dibincangkan darihal Istiadhah/ lafaz ta'awuz. Pada pertemuan kali ini pula kalimah Basmallah menjadi perhatian ahli-ahli usrah.

BasmalLah
Sdri (Dr) Rubiyah (HSI, JB) telah menghuraikan dengan jelas sejarah dan amalan BasmalLah dari sirah dan sunnah Nabi SAW. Siapakah Allah yang kita mulakan namaNya dalam setiap perbuatan sebagai syarat untuk menjadikan amalan sebagai ibadah? Itulah persoalan yang dibentangkan dan dibincangkan oleh ahli-ahli Usrah. Disamping itu dibincangkan juga pelbagai fadhilat dalam mengamal Bismillah dihuraikan i.e membaca BismilLah dalam jumlah yang tertentu mempunyai fadhilat-fadhilat yang tertentu. Tetapi yang penting dan ditekankan adalah amalan hendaklah berdasar kepada keikhlasan dan dijadikan amalan dan rutin. Khasiat dan fadhilat yang mengiringi adalah bonus kepada kita yang mengamalkannya. Tanggungjawab melafazkan lafaz BismilLah juga besar. Kerana amalan selepas didahului oleh lafaz bismillah sudah dikira sebagai Ibadah.

Invasion of Gaza
Isu semasa yang dibangkitkan pula adalah berkenaan Kekejaman golongan Zionis keatas masyarakat Palestin. Saudara (Dr) Izad (KK Sungai Mati), telah memberi huraian yang menginsafkan tetang peranan yang seharusnya dimainkan oleh kita sebagai ummat Islam dalam memberi respon terhadap isu ini. Bukan mengikut segala propaganda zionisme dan golongan orientalis dalam menilai isu palestin. Pendek kata terdapat 3 isu yang harus ahli-ahli usrah amnya ummat Islam melihat semula isu ini dari kacamata yang sebenar.

1) Bukan isu kebangsaan/ rakat Palestin semata-mata


Isu Palestin bukanlah isu kebangsaan, bukanlah isu bangsa Arab atau masyarakat Palestin semata-mata. Tapi isu ini adalah isu ummat Islam. Isu persaudaraan sesama Islam. Ummat Islam hari ini telah dipecah-serpihkan menjadi bangsa-bangsa dan negara-negara tertentu dengan matlamat supaya isu ini menjadi terpinggir. Isu Palestin juga telah digembar-gembur oleh media dunia Barat dan dunia Muslim sebagai isu KEMANUSIAAN, benarkah??

2) Jihad Qital

Masyarakat sekeliling kita masih ramai yang melihat isu Jihad Qital ini sebagai isu yang tidak berkenaan bahkan menggelikan hati. Mereka lupa akan ganjaran yang disebutkan oleh Rasulullah;

"Barangsiapa yang memohon kepada Allah agar dikurniakan syahid dengan penuh kebenaran, nescaya Allah akan menyampaikan darjatnya pada tingkatan syuhada sekalipun dia hanya mati di atas katilnya.

Maksudnya, kita akan tetap diberikan ganjaran sekalipun dia tidak dibunuh syahid dan gugur sebagai syuhada. Sebaliknya kita menjadkan hujjah ayat Allah SWT dibawah sebagai escapism;

"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. - Surah At-Taubah : 122"

Sedangkan kita tidak faham betapa berat untuk menjadi golongan yang tidak ke medan perang iaitu, "mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya". Sudahkah dan sebanyak manakah tuntutan memperdalam pengetahuan agama dan memberi peringatan telah kita laksanakan..

Kebanyakan kita tidak dengan terus menerus mencari jalan malah berpangku tangan, tidak mencarinya dan menipu diri sendiri dengan menganggap bahwasanya ini adalah alasan yang boleh diterima di hadapan Allah.

Bukankah telah disebutkan, "Barangsiapa yang matinya tanpa niat untuk syahid, maka matinya adalah jahiliyyah"

3) Masyarakat Palestin tidak memerlukan bantuan?
Hari ini kita tersilap apabila menyatakan bahawa Ummat Islam di bumi Palestin memerlukan bantuan dan sokongan. Walhal mereka tidak meminta-minta untuk diberikan bantuan. Bahkan kita yang memerlukan.
Aspek ini seharusnya dilihat begini. Usaha-usaha yang kita gemblengkan bermula dari sesi penerangan dan kesedaran, boikot, memorandum, Humanitarian Relief serta sumbangan/ Infaq haru dilihat bukanlah utk masyarkat Islam Palestin. Setiap ringgit yang dsumbangkan kepada meraka adalah untuk kita.
Kerana kita telah menjadi manusia yang kosong, lari dari tanggungjawab dan menjadi masyarakat kacau yang mengagungkan keduniaan.

InsyaAlLah pertemuan seterusnya akan diadakan di rumah sdri (Dr) Azza (HPSF, Muar) pada 22hb Februari 09 di Melaka.

Majlis Perkahwinan dan Kuliah Baitul Muslim (Rumahtangga Pejuang)

24hb Januari 09

AlhamdulilLah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menghadiri majlis perkahwinan Sdr (Dr) Nor Ari Wahab (Hosp Temerloh) dan isteri Puan Raudhah Arshad di Selayang. Bertemu dengan sahabat-sahabat lama dan berjumpa dengan adik-adik junior.

Tahniah juga pada tuan rumah kerana pada masa yang sama berjaya menganjurkan Kuliah Baitul Muslim bertajuk RUMAH TANGGA PEJUANG sebelum majlis perkahwinan. Moga mawaddah dan Rahmah mewarnai dan mengiringi pasangan dalam melayari bahtera rumah tangga. InsyaAllah. Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kunjungan ke Selayang.

rumahtangga pejuang
Kuliah Rumahtangga Pejuang


azi dan raudhah
Dr Nor Azri dan Puan Raudhah

Tuesday, January 27, 2009

Hadith Health

Narrated Abu Huraira:

Allah's Apostle said,

"The example of a believer is that of a fresh tender plant; from whatever direction the wind comes, it bends it, but when the wind becomes quiet, it becomes straight again.
Similarly, a believer is afflicted with calamities (but he remains patient till Allah removes his difficulties).
And an impious wicked person is like a pine tree which keeps hard and straight till Allah cuts (breaks) it down when He wishes."

(Translation of Sahih Bukhari Volume 7, Book of Patient)

Tuesday, January 15, 2008

Allah's dispensation (Rukhsah)

Menjadi pengamal perubatan lebih-lebih lagi bagi mereka yang komited dengan kehendak ber'agama', membuatkan pengamal perubatan tidak dapat lari dari permasalah fiqh. Antaranya berkaitan dengan kaedah-kaedah mengambil hukum rukhsah (kelonggaran)ketika berada dalam keadaan dharurat.

Perubatan/ pengubatan merupakan suatu bidang yang tidak dapat lari dari membincangkan 5 perkara penting yang terkandung dalam maqasid syar’iyah; iaitu deen (agama), nafs (nyawa), aql (akal), nasb (keturunan) dan maal (harta). Maka, penulis merasakan perlu bagi khalayak untuk sekurang-kurangnya mengetahui secara ringkas konsep dan syarat-syarat pengambilan hukum rukhsah ketika dharurat. Sebagai permulaan, penulis ingin berkongsi kertas kerja yang penah dibentangkan oleh Dr Daniel Zainal Abidin bertajuk "Hukum-hukum Kelonggaran ketika kecemasan dalam perubatan".

HUKUM-HUKUM KELONGGARAN KETIKA KECEMASAN

Apabila kita renungi nash-nash Al Quran dan Al Hadith, sesungguhnya setiap tuntutan yang difardukan oleh Islam tidaklah berat, bahkan cukup ringan. Artinya, semua aturan itu masih di dalam kadar kesanggupan manusia.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al Baqarah 2:286)
Bila kemampuan manusia menurun, maka Allah memberikan rukhsah . Kemudahan, dan bukan kesulitan, itulah yang dikehendaki oleh Allah swt.
"Allah menghendaki kemudahan bagi mu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah : 185)

HUKUM-HUKUM DASAR

Hukum azimah ialah hukum pokok ataupun asal yang telah disyari'atkan oleh Allah kepada setiap mukallaf seperti solat dan puasa.
Hukum rukhsah pula ialah hukum keringanan yang diizinkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) seperti harus berbuka puasa Ramadhan ketika sakit. Tujuan rukhsah diturunkan adalah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam sebenarnya merupakan satu agama yang praktikal dan mudah. Ia boleh mengadaptasikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan masa tetapi masih lagi di bawah panduan wahyu Allah swt.

"Sesungguhnya diharamkan kepada kamu bangkai dan darah dan daging babi dan apa-apa yang disembelih untuk yang lain daripada Allah. Tetapi sesiapa yang terpaksa tanpa ada kecenderungan dan tanpa melampui batas, maka tidak ada dosa keatasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Al Baqarah: 173)

Hukum-hukum azimah perlulah diamalkan dengan sebaik mungkin melainkan jika wujud suasana ataupun keadaan yang mengharuskan kita beramal dengan hukum-hukum rukhsah. Walaubagaimanapun hukum-hukum rukhsah hanya boleh diambil apabila seseorang itu berada dalam dharurat. Oleh itu perlulah kita memahami terlebih dahulu syarat-syarat yang boleh sampai kepada keadaan dharurat tersebut.

SYARAT-SYARAT DALAM PENGAMBILAN HUKUM RUKHSAH KETIKA DHARURAT

Keharusan mengambil hukum rukhsah ketika dharurat bukan boleh dilakukan sewenang- wenangnya tanpa sebarang kaedah.
Kaedah pertama ialah;
"Kecemasan (dharurat) mengharuskan yang haram."
Akan tetapi pengambilan benda-benda yang haram dimasa dharurat dibatasi dengan kaedah yang kedua, iaitu;
"Dharurat diambil sekadar keperluan sahaja."
Menggunakan benda yang haram melebihi kadar keperluan dimasa dharurat adalah berdosa. Begitulah juga di dalam perubatan Islam, pada ketika dharurat boleh digunakan benda-benda dan cara-cara yang haram sekadar keperluan. Di antara syarat-syarat penting yang mesti dijaga ialah:

  1. Bahawa keadaan dharurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang dinanti- nantikan. Maksudnya telah wujud suatu keadaan di mana kemusnahan ataupun kehancuran akan menimpa keatas diri ataupun harta benda secara pasti, ataupun berpandukan sangkaan yang kuat berdasarkan pengalaman-pengalaman. Ataupun telah benar-benar wujud suatu keadaan yang akan merosakkan dan menghancurkan satu diantara 5 perkara dharuriyat yang telah disebutkan: samada agama, nyawa, akal, keturunan, ataupun harta benda. Ketika ini barulah hukum rukhsah boleh diambil.
  2. Telah dipastikan bahawa tidak ada benda-benda halal lain yang boleh diambil melainkan yang haram sahaja.
  3. Benda-benda yang halal yang ada mestilah dipastikan tidak akan dapat menghindarkan kemudharatan dan kehancuran daripada menimpa si pesakit.
  4. Bahawa seseorang yang terpaksa itu tidak dibolehkan melanggar prinsip-prinsip Islam yang asasi, umpamanya, mejaga hak orang lain, menunaikan amanah dan lain-lainnya. Umpamanya tidak dibolehkan seseorang yang terpaksa itu berzina, membunuh, merompak untuk menghilangkan kemudharatan yang menimpa.
  5. Hendaklah pengambilan yang haram itu sekadar perlu sahaja, untuk menghilangkan dharurat yang menimpa. Tidak boleh lebih.
  6. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram ketika dharurat mestilah dipastikan oleh seseorang doktor yang adil, yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

Sumber: Hukum-hukum Kelonggaran ketika kecemasan dalam perubatan oleh Dr Daniel Zainal Abidin

Seseorang doktor yang adil!!!

Doktor yang adil digambarkan sebagai seorang pengamal perubatan yang amanah tentang agama dan ilmunya. Yang memenuhi gagasan professionalisme dimana terangkum didalamnya al-amanah dan al-quwwah. Nilaian yang diukur mengikut doktrin semasa sebagai integriti dan kompetensi. Semuanya merupakan cabaran dalam membentuk nilai tambah kepada seseorang pengamal perubatan. Suatu perjuangan yang takkan berkesudahan..