Usrah pada Januari 09 tidak dapat disertai oleh Naqib Ustaz Mohd Nor Omar kerana beliau mempuyai komitmen yang terlebih awla di Perak. Walaubagaimanapun inisiatif pertemuan perlu diteruskan jua, sementelah tajuk serta pembentang telah diberikan pada pertemuan usrah sebelumnya di rumah saudari (Dr) Nik Hazma (Hospital Tangkak).
AlhamdulilLah pertemuan kali ini berjaya mengumpulkan ~16 orang (tidak termasuk ahli kecil) ahli-ahli PAPISMA yang bertugas dan berasal dari Johor. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina juga diambil, hingga ada yang dari sejauh Sarawak dan Kelantan turut bersama-sama. Seperti yang dipersetujui perbincangan berlegar sekitar tafsiran surah al-Fatihah. Sebelum ini telah dijelas dan dibincangkan darihal Istiadhah/ lafaz ta'awuz. Pada pertemuan kali ini pula kalimah Basmallah menjadi perhatian ahli-ahli usrah.
BasmalLah
Sdri (Dr) Rubiyah (HSI, JB) telah menghuraikan dengan jelas sejarah dan amalan BasmalLah dari sirah dan sunnah Nabi SAW. Siapakah Allah yang kita mulakan namaNya dalam setiap perbuatan sebagai syarat untuk menjadikan amalan sebagai ibadah? Itulah persoalan yang dibentangkan dan dibincangkan oleh ahli-ahli Usrah. Disamping itu dibincangkan juga pelbagai fadhilat dalam mengamal Bismillah dihuraikan i.e membaca BismilLah dalam jumlah yang tertentu mempunyai fadhilat-fadhilat yang tertentu. Tetapi yang penting dan ditekankan adalah amalan hendaklah berdasar kepada keikhlasan dan dijadikan amalan dan rutin. Khasiat dan fadhilat yang mengiringi adalah bonus kepada kita yang mengamalkannya. Tanggungjawab melafazkan lafaz BismilLah juga besar. Kerana amalan selepas didahului oleh lafaz bismillah sudah dikira sebagai Ibadah.
Invasion of Gaza
Isu semasa yang dibangkitkan pula adalah berkenaan Kekejaman golongan Zionis keatas masyarakat Palestin. Saudara (Dr) Izad (KK Sungai Mati), telah memberi huraian yang menginsafkan tetang peranan yang seharusnya dimainkan oleh kita sebagai ummat Islam dalam memberi respon terhadap isu ini. Bukan mengikut segala propaganda zionisme dan golongan orientalis dalam menilai isu palestin. Pendek kata terdapat 3 isu yang harus ahli-ahli usrah amnya ummat Islam melihat semula isu ini dari kacamata yang sebenar.
1) Bukan isu kebangsaan/ rakat Palestin semata-mata
Isu Palestin bukanlah isu kebangsaan, bukanlah isu bangsa Arab atau masyarakat Palestin semata-mata. Tapi isu ini adalah isu ummat Islam. Isu persaudaraan sesama Islam. Ummat Islam hari ini telah dipecah-serpihkan menjadi bangsa-bangsa dan negara-negara tertentu dengan matlamat supaya isu ini menjadi terpinggir. Isu Palestin juga telah digembar-gembur oleh media dunia Barat dan dunia Muslim sebagai isu KEMANUSIAAN, benarkah??
2) Jihad Qital
Masyarakat sekeliling kita masih ramai yang melihat isu Jihad Qital ini sebagai isu yang tidak berkenaan bahkan menggelikan hati. Mereka lupa akan ganjaran yang disebutkan oleh Rasulullah;
"Barangsiapa yang memohon kepada Allah agar dikurniakan syahid dengan penuh kebenaran, nescaya Allah akan menyampaikan darjatnya pada tingkatan syuhada sekalipun dia hanya mati di atas katilnya.
Maksudnya, kita akan tetap diberikan ganjaran sekalipun dia tidak dibunuh syahid dan gugur sebagai syuhada. Sebaliknya kita menjadkan hujjah ayat Allah SWT dibawah sebagai escapism;
"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. - Surah At-Taubah : 122"
Sedangkan kita tidak faham betapa berat untuk menjadi golongan yang tidak ke medan perang iaitu, "mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya". Sudahkah dan sebanyak manakah tuntutan memperdalam pengetahuan agama dan memberi peringatan telah kita laksanakan..
Kebanyakan kita tidak dengan terus menerus mencari jalan malah berpangku tangan, tidak mencarinya dan menipu diri sendiri dengan menganggap bahwasanya ini adalah alasan yang boleh diterima di hadapan Allah.
Bukankah telah disebutkan, "Barangsiapa yang matinya tanpa niat untuk syahid, maka matinya adalah jahiliyyah"
3) Masyarakat Palestin tidak memerlukan bantuan?
Hari ini kita tersilap apabila menyatakan bahawa Ummat Islam di bumi Palestin memerlukan bantuan dan sokongan. Walhal mereka tidak meminta-minta untuk diberikan bantuan. Bahkan kita yang memerlukan.
Aspek ini seharusnya dilihat begini. Usaha-usaha yang kita gemblengkan bermula dari sesi penerangan dan kesedaran, boikot, memorandum, Humanitarian Relief serta sumbangan/ Infaq haru dilihat bukanlah utk masyarkat Islam Palestin. Setiap ringgit yang dsumbangkan kepada meraka adalah untuk kita.
Kerana kita telah menjadi manusia yang kosong, lari dari tanggungjawab dan menjadi masyarakat kacau yang mengagungkan keduniaan.
InsyaAlLah pertemuan seterusnya akan diadakan di rumah sdri (Dr) Azza (HPSF, Muar) pada 22hb Februari 09 di Melaka.
No comments:
Post a Comment