Sunday, March 29, 2009

Berpeluh Berlebihan (Hyperhydrosis) dan Rawatannya

Semasa menjalankan khidmat kesihatan di BG tempoh hari. Saya didatangi seorang bapa yang mengadu perihal masalah yang dihadapi oleh anak perempuan beliau. Memang jelas dari simptom yang di tunjukkan oleh adik perempuan tersebut beliau mengalami apa yang dinamakan sebagai HYPERHIDROSIS.

Penyakit ini tidaklah memudaratkan dari sudut fizikal sebenarnya. Tetapi ia akan membawa kepada permasalahan psikologi dan sosial. Bayangkan apa yang akan berlaku pada anda sekiranya tapak tangan anda berpeluh secara berlebihan. Sifat inferiority anda akan terserlah. Malu untuk berjabat tangan. Bagaimana untuk anda menulis dengan pena? Bagaimana pula keadaan pekerjaan yang memerlukan tangan anda untuk beroperasi?

Satu kes yang pernah kami terima, pesakit tertekan apabila gagal SPM akibat masalah yang ditanggung. Paling sukar, apabila menjawab karangan samada BM / BI. Berdozen tisu dan kain pengelap diperlukan dan akhirnya memakan masa untuk menjawab sesuatu soalan. Situasi peperiksaan yang meletakkan pesakit dalam keadaan tekanan memarahkan lagi keadaan. Lebih parah lagi apabila kertas jawapan tidak dapat di baca oleh pemeriksa.

Akhirnya, disebabkan gagal SPM pesakit tersebut mencari sumber pendapatan dengan bekerja sebagai operator perkilangan. Keadaan menjadi bertambah parah apabila beliau dinasihatkan untuk berhenti kerja, gara-gara kebannyakkan alatan mikrolektrik yang beliau operasikan mengalami kerosakan. Akhirnya beliau bekerja sebagai "tukang urut" refleksologi. Mujur menggunakan sarung tangan.

Kebetulan jabatan yang saya kini bertugas menjalankan prosedur yang akan diterangkan dalam artikel dibawah. Pelbagai teori dan kaedah rawatan cuba dipraktis tetapi kesannya hanya sementara. Akhirnya, kaedah rawatan pembedahan kecil ini sebagai kaedah rawatan penyembuhan terbaik buat masa ini. Ikuti artikel berikut;
______________________________________

Berpeluh Berlebihan (Hyperhydrosis) dan Rawatannya

Dr Mohd Mazri Yahya Pakar Perunding Bedah Am,Vaskular & Endovaskular
Hospital Pakar Regency
Masai, Johor

Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Ada pesakit yang tidak ke masjid atau berdebar ketika hari raya menjelang tiba kerana tangan yang basah ketika bersalaman. Ada pesakit yang mengadu berpeluh menitik-nitik tanpa sebab dan kaki yang berendam di dalam kasut disebabkan perpeluhan pada kaki. Ini menyebabkan mereka berasa sulit untuk menjalani kehidupan.

Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Begitu juga dengan penggunaan suntikan botulinum (Botox), walaupun berjaya untuk merawat pesakit tetapi biasanya ia adalah sementara. Pesakit memerlukan rawatan yang berulang-ulang kali setiap 3-6 bulan.


Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya. Terdapat pelbagai cara di dalam melakukan pembedahan tersebut dan cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic Trans Thoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 – 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.


Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.

26 comments:

joegrimjow said...

rasanya dul;u ada tanyang kat medik tv
berguna2

didie said...

saya salah sorang pengidap masalah ni..ianya sangat memberi byk kesan sosial dan psikologi pada saya.. info ni sangat berguna..thankss..

dancilhoney said...

Sometimes I get annoyed with how much I sweat. It makes arm balances pretty slippery.Not now by the help of Stop Sweating Start Living

amy azrin said...

mohon share info ni..terima kasih info yg sgt berguna kerana saye salah seorng yg menghadapi masalah ini..TQ

unte_malaya said...

kalau hyperhidrosis kt ketiak leh x bt rawatan ni?kt hospital mne leh wt rawatan ni?

pklang1 said...

saya rase boleh buat rawatan ni di hospital swasta atau cube link ni http://www.ish.kpjhealth.com.my/hyperhidrosis.php

Anonymous said...

assalamualaikum,.
sebenarnya saya penghidap hyperhydrosis,.peluh kerap b'laku pada tangan,muka,badan dan kaki..masalah ini saya tanggung sejak umur 12 tahun lagi,.sekarang saya baru habis SPM..ternyata, semasa menulis karangan sama ada BI/BM, kertas yg saya tulis basah,.terpaksa menggunakan sapu tangan,.saya ingin sangat bebas daripada masalah ini,.saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai,.walaupon saya konfident sekalipun,ternyata peluh tetap keluar,.saya sedih sangat,.bila kawan-kawan cakap saya b'peluh, saya hanya mampu menebalkan muka sahaja,.tapi, hati berasa hampa dan kesal,.

Unknown said...

Saya juga mengalami hyperhydrosis dan saya telah berjumpa doktor. Doktor cakap tiada rawatan untuk hyperhydrosis ini. Adakah benar? Doktor hanya menyarankan saya supaya membawa tisu atau sapu tangan ke mana saja saya pergi. Doktor juga suruh saya kerap mandi. Bagaimana nak selesaikan masalah saya ini? Perlu ke saya berjumpa dengan doktor lain ?

dblog said...

Mungkin ada penyelesaian yang terbaik untuk penyakit ini.Aku ada terbaca tentang Hyperhidrosis di blog ini,

http://sweatmiracleproductreview.blogspot.com/

alan said...

sy bru lepas ntok operation ets ini ... dan btol kate di atas .. peluh sgt bnyk di bhagian peha dan bdan .. terok dri sblom operate .. wlpon di ketiak n muke berkurang .. sgttlaa tidak selesa peluh di kaki n bdan ... bagaimana kite nk thu peluh tu sementara atau kekal .. sy sudah sebulan jalani pembedahan ini untok mkluman ... hmmmm ...

Unknown said...

Assalamualaikum.

Saya hamidah. Suami saya penghidap hyperhidrosis muka dan bdn. Tangan dan kaki tak de masalah sgt. Tapi tang muka ngan bdn macam hujan.hihi

Tapi alhamdulillah skrg peluh suami makin terkawal. Pakai blazer dan neck tie berucap dalam dewan yg kurang angin pun dah tak peluh macam sebelum ni.

Alkisahnya suami tak buat pembedahan pun. Hampir2 buat pbedahan tapi takut kesan sampingan. Saya beri suami saya slimming set plus detox hati dan usus shaklee. Secara tiba2 suami bole cakap eh kenapa tak peluh macam selalu ye. Hihi. Alhamdulillah jimat rm10k.

Kalau tuan/puan nak tau kisah lanjut atau nak oder boleh hubungi saya hamidah@0163385790 (sms/whatsapp)

Unknown said...

Sambung sket * jimat rm10k utk kos buat pembedahan saraf symphetetic tu. Heheh

Unknown said...

Assalam..boleh cuba rawatan dengan mknn tambahan shaklee
visit page saya untuk ketahui
http://shkleika.blogspot.com/2014/09/hiperhidrosis-kenali-punca-dan-rawatan.html

Unknown said...

Bole wasap nombor ni 0199585631...
Nk tahu lebih lanjut

Unknown said...

Salam..dr
Saya ada soalan...
Saya mengalami trombosis di tangan akibat darah clot di tangan.tangan yg digunakan utk dialisis.pengaliran darah berhenti secara tiba tiba..saya dah buat IGC di leher sementara menunggu utk buat fistula baru di tangan sebelah lagi...masalah nya di tangan yg dialisis dulu mulai bengkak di kedua dua tempat cucuk dialisis..merah..mengembang dan kemudian burst...terdapat cecair bisa yang keluar..tiada nanah cuma darah dan air bisa..apa yg perlu saya lakukan dr?

Unknown said...

Assalamualaikum saya pon nak mengadu pasal saya memang ade psnyalit ini sejak bayi lagi ,,,bila saya tanya doltor biasanya dyorang akan kata bahawa penyakit saya ni akan hilang seyelah saya semakin meningkat umur but is semakin teruk jadinya.Tahun ni saya hasapi pt3 so i about my resukt la ni ada x cara perubatan slain kaedah bedah??

Unknown said...

Assalamualaikum saya pon nak mengadu pasal saya memang ade psnyalit ini sejak bayi lagi ,,,bila saya tanya doltor biasanya dyorang akan kata bahawa penyakit saya ni akan hilang seyelah saya semakin meningkat umur but is semakin teruk jadinya.Tahun ni saya hasapi pt3 so i about my resukt la ni ada x cara perubatan slain kaedah bedah??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Thank you for the information

Wong Medical Centre
We are providing treatment for hyperhidrosis patient.
We are using two methods which is combination of acupuncture and Herb Remedy therapy.

For more info call us at 0124520077
www.newhopemedic.com

Unknown said...

Kos pembedahan di Iheal medical centre di mid valley KL..dalm rm 10500 menggunakan kan teknologi terkini iaitu teknik klip saraf pakai titanium plat dkt saraf..bukan secara kaedah memotong saraf yang lama..sememang nya tidak dpt direverse operation..keberkesanan adalah 98% di tangan dan 80% di tapak kaki..
Perlu diingatkan penyakit ini adalah saraf abnormal @ tidak normal ..selepas pembedahan peluh masih akan cuba keluar di mana mana bahagian tubuh yang lebih sensitif pada suhu seperti di bahagian kepala belakang badan dan pada permukaan yang kulit nipis ..
Peluh yang keluar adalah dianggap biasa memandangkan saraf Hanya dipotong atau dikepit saluran daripada penerimaan isyarat peluh..

Tidak banyak ubatan alternatif menjanjikan kesan 100% penyembuhan tetapi sekadar melambatkan dan merencatkan sahaja

Antara produk yang saya pernah guna ialah ..PERSPIREX rm 60
Ubat sapuan oral ..kandungan aluminium clhoride ..tidak berkesan

Rawatan akupuntur dan homeopati
Rm 40 sekali rawatan ..tidak berkesan ..

Rawatan perubatan elektronik Terengganu..menggunakan rawatan DNA seperti sampel rambut dan kuku pesakit untuk dibuat ubat .
Keberkesanan ..ambil masa 6bln untuk tengok kesan ..lagipun kos rawatan ubat sahaja rm50 sekali sebln.

Rawatan ALIRAN ELEKTRIK ATAU IONTHOPERASIS menggunkn MESIN hidrex GS -400 rm 2600 (termasuk duti import)saya ada beli 2 mesin ini satu digunakan untuk travel dan satu disimpan di rumah
kesan: bergantung pada individu ..dan tingkat serius penyakit..
Ada testimoni kekeringan seawal 3hari -3 minggu rawatan
Kesan: 70% hingga 80% kering..sekiranya menggabung kan makanan tambahan seperti vitamin b kompleks dan jus tomato masak ranum setiap hari..INSYALLAH

Rawatan herba iaitu SAGE
Boleh dirujuk pada internet ..Sage telah lama digunakan dalm rawatan HYPERHODROSIS. Di negara barat telah dipatenkan sebagai herba merawat HYPERHODROSIS
Di Malaysia,Sage kurang dikenali tetapi di boleh cuba ditanam di halaman rumah seperti yang dibuat saya sekarang ini..
Jika berminat mencuba boleh dapatkan dengan nazhan Kamal herba Sage yang kering untuk dibuat teh selaku pemilik HYPERHODROSIS centre di Indonesia
Just taip dalam Google sahaja ..


# Selamat beramal dan mencuba ..

ery said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sya ada mempunyai satu lebihan mesin GX- 400 second hands(condition very good)..harga rm 1500 include kurier deliver.terima kasih..
Hide quoted text

Unknown said...

Sesiapa berminat boleh hubungi saya di 017-9388485 untuk maklumat lanjut.terima kasih..

Anonymous said...

saya juga pnghidap hyperhidrosis selepas umur sy 18 tahun sampai sekarang 26 tahun, semakin meningkat tahun semakin teruk. Dari kepala sampai ke kaki peluh yang saya hadapi.Berjalan sikit bawah panas peluh satu badan sampai baju basah kuyup.Kalau dalam aircond pula tangan dan kaki saya selalu berpeluh.Saya amat malu dengan keadaan yang saya hadapi sampailah saya berhenti kerja kerajaan baru2 ini.Jika ada sesiapa tahu kos rawatan dan adakah peluang untuk sembuh selepas pembedahan emailkan kpd saya (aszone93@gmail.com).Saya berdoa kepada sesiapa yang menghadapi penyakit ini akan sembuh suatu hari nanti

Unknown said...

mesin ni beli kt mane bos?

Unknown said...

Assalamualaikum ,sy juga seorang penghidap hyperhidrosis.. mmg betul,mslah peluh berlebihan dkt ketiak kt muka mmg byk...bila nk keluar msti sy pkai baju yg gelap2 ,sb klu pkai bju terang peluh npk,org msti tgk..bila bnda tu trjd msti rsa xconfident nk kluar... Kt muka pulak,xblh mekap ,xsmpi 3 minit peluh kluar hbs mkap tgl..sb tu sy mmg xske mekap ,tipula kalu sy ckp xminat mekap..minat sgt tp nk bt mcm muka sy cpt peluh..xblh nk mekap... Rasa down sgt....klu sy nak tau laa kt mana ad bt rawatan ni,nk tau jgk brp jumlah... Terima ksg