Thursday, June 18, 2009

Kesihatan sebagai medium dakwah (Seru dan cegah)

Lari sedikit dari ribut kecelaruan Negara Perpaduan.

Terpanggil untuk sama-sama berkongsi input berkenaan kesihatan sebagai medium dakwah. Resolusi konvensyen PAPISMA tempoh hari dengan jelas menidakkan usaha–usaha untuk mentafsirkan methode dawah dalam lapangan yang sempit.

Medium dawah dalam kesihatan seharusnya dilebar-luaskan; bukan dalam skop jumud.

Seandainya dakwah khas untuk golongan ilmuan agama, maka kami yang terperosok dalam sekular kesihatan ini pasti rugi. Natijah; ubat sebagai amal penyembuhan, rawatan sebagai impak kesihatan. Akhirnya Tuhan di DUAkan. Secara tidak langsung wujudnya TUHAN ubat dan TUHAN perawatan. Parah...

Dakwah milik semua. Tangggungjawab semua. Serulah kepada kebaikan, cegahlah kepada kejahilan dan kemungkaran.

Dakwah mudah semasa Konsultasi

Konsultasi di klinik merupakan masa-masa peribadi bagi hubungan doktor-pesakit. Masa-masa inilah yang seharus di ambil peluang oleh para pengamal perubatan dalam mempraktik amal dakwah. Implimentasi; harus mengutamakan disiplin agar menjadi kebiasaan, menghilang rasa malu segan.

Mengajak manfaat agar hadir ke sanubari kedua pihak, memberi dan penerima.

Memberi salam dan sunnah berubat

Lafaz salam merupakan kalimah mudah. Kalimah dakwah. Mengajak manusia kepada kebaikan.
Tiada lagi perdebatan. Ingatkan manusia kepada jati diri Islam mereka. Biar sedar, penyakit dari Allah. Sunnah dalam berubat. Perawatan sebagai jambatan menuju keredhaan.
Sebarkanlah salam...

Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar

Setiap ciptaan, ada pasangan. Pasangan bagi dakwah adalah seru dan cegah. Dakwah seharusnya dilaksana dalam 2 kombinasi sepertimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw.

Sifir mencegah kemungkaran amat mudah. Seandainya sesuatu dianggap sebagai kesalahan malah di sifatkan sebagai haram. Mengajak manusia menjauhi-nya sudah dikira mencegah kemungkaran.

Jangan MEROKOK i.e. Nahi Mungkar

Sebagai contoh, pada 23 Mac 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa merokok itu haram. Jadi, melarang pesakit merokok melalui nasihat dengan ugutan dan paksaan supaya MEROKOK di tinggalkan, adalah mencegah kemungkaran. Elak kemudharatan.

Seru dan cegahlah...
Tanpanya, tempang dakwah...

No comments: