Roadtax kereta perlu dibaharui menjelang November ni. Sebelum itu perlu melangsaikan saman-saman tertunggak. Saman-saman inilah yang memberi Pendapatan kepada kerajaan bagi mengurus negara dan seterusnya merangka Bajet 2010. Perkara sekecil ini pun menggambarkan, tiada rakyat yang seharusnya terkecuali dari membincangkan pasal bajet.
Esok 23/10/09 akan berlangsung pembentangan Belanjawan tahun 2010 atau lebih dikenali sekarang sbg Bajet 2010.
Seperti biasa akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Antara inipati menarik yang mungkin dibentangkan adalah berkenaan GST (Cukai ke atas barang dan perkhidmatan). Menariknya cukai tersebut dijalankan disebahagian besar negara-negara ASEAN, kecuali Malaysia. Perlaksanaannya telah dibincangkan jika tidak silap sejak tahun 2005 lagi. Harapan yang disandarkan GST hanya dikenakan pada barang terpilih dan barangan mewah. Seterusnya mengharapkan penurunan cukai-cukai pendapatan.
Sebagai warga kesihatan, beberapa input menarik yang diharapkan mendapat perhatian;
- Pemberian vaksin H1N1 dan HPV (mencegah kanser pangkal rahim) secara menyeluruh.
- Kenaikan mendadak harga rokok. (walaupun secara sinikal (dengan izin)
- Pembangunan prasarana kesihatan baru dan institusi berkaitan jantung di Malaysia (esp di Kuantan, Kedah dan Sabah). Sebelum ini hanya di Lembah Klang, Penang, Johor dan Sarawak.
Sekadar refreshening (dengan izin) Intipati Bajet 2009 sebagai comparison (dengan izin) bajet 2009;
- Jumlah Bajet 2009 adalah sebanyak RM207.9 bilion – naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
- Peruntukan pengurusan – RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
- Peruntukan pembangunan – RM27.8 bilion (sektor ekonomi – pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial – pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
- Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
- Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
- Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.
No comments:
Post a Comment