Thursday, January 7, 2010

Sekitar Program PAPISMA cawangan Selatan (Johor)

KHIDMAT KESIHATAN SEMPENA SAMBUTAN DUA DEKAD PASTI JOHOR

21hb Nov- Bertempat di Stadium Tertutup Pasir Gudang, PAPISMA cawangan Johor telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majis dengan mengadakan khidmat kesihatan bagi peserta dan juga ibu-bapa yang hadir.


Majlis perasmian

5 orang doktor perubatan serta seorang doktor pergigian telah sama-sama mejayakan program separuh hari tersebut. Program sempena 2 dekad Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Johor diadakan dengan menampilkan kontijen-kontijen dari setiap daerah di Johor.

Ibu bapa dan anak-anak yang turut sama dalam majlis sambutan tersebut telah mengambil peluang dengan kehadiran doktor-doktor PAPISMA untuk mendapat perkhidmatan yang disediakan.


Pemeriksaan dan kaunseling kesihatan oleh doktor PAPISMA Johor

Sebahagian besar ibu-bapa mendapatkan peluang perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan yang disediakan.

Manakala anak-anak yang ditemani ibu bapa, tidak melepaskan peluang mendapatkan khidmat pemeriksaan daripada doktor pergigian yang hadir.


Pemeriksaan pergigian

Rata-rata urusetia dan orang ramai yang hadir berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh doktor-doktor PAPISMA. Ini membuktikan PAPISMA adalah NGO yang berdaya saing dan sedia bekerjasama dengan pelbagai pihak.

No comments: